Sunday, May 8, 2011

Hari untuk Ibu

Pada setiap bulan Mei, hari ahad pertama... Setiap tahun, semua orang di seluruh dunia akan menyambut satu hari yang penuh bermakna buat semua wanita-wanita yang bergelar ibu...
Mari kita sama-sama mengenang dan menghargai jasa ibu yang tidak ternilai ini...

Walau di mana anda berada, ibu akan sentiasa disamping kita...
Tak percaya?? tengok la gambar2 kat bawah ni...

Time mendaki bukit tinggi, emak pun mendaki sekali... Segala onak dan duri semasa mendaki tidak dihiraukan... Dengan harapan tinggi menggunung supaya dapat menikmati keindahan alam semulajadi bersama-sama...


Di tengah2 lautan, merentasi Lautan Cina Selatan, emak ikut sekali memberi sokongan... Segala angin ribut, ombak gelora, ditempuhi dengan hati yang kental... Dengan harapan seluas lautan untuk menikmati keindahan pulau...


Ketika membuat lawatan ke Zoo, emak menemani dan sentiasa berada di sisi... Segala haiwan yang berada di situ membuatkan kami terhibur... Dengan harapan dapat kami menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan kepelbagaian spesies haiwan di muka bumi ini...


Ketika menjelajahi air terjun dan sungai, emak turut serta dengan memberi pertolongan dari segi aspek fizikal dan mental... Segala rintangan dan selok-belok hutan diterjah... Dengan harapan dapatlah kami merasa keajaiban alam semulajadi dan kesejukan air terjun!


Haaa... Terlalu banyak pengorbanan seorang ibu kepada anak mereka...
Jadi, kita sebagai seorang anak haruslah memberi yang terbaik untuk ibu supaya dia akan berbangga kerana memiliki anak seperti anda!
Selamat Hari Ibu kepada seluruh Ibu2 di Malaysia, dan Happy Mother's Day to all Mothers in this entire World!

Friday, May 6, 2011

Fenomena Realiti

Sejak tahun 2003...
Rakyat Malaysia mula diperkenalkan dengan satu program televisyen yang kononnye menukar fantasi menjadi realiti...
Pada waktu tu jugak, program Akademi Fantasia, sebuah rancangan realiti yang diadaptasi dari program La' Academia, (dari Mexico) merupakan sebuah program realiti pertama di Malaysia... Waktu itu, penghakiman yang dilakukan 100% undian dari para penonton...

Masa tu, ramai orang yang tak berapa faham akan konsep program tersebut...
Ade yang suka, ade juga yang tak suka... Tujuan program macam ni senang je, nak mencari bakat baru dalam bidang nyanyian dengan cara yang paling ringkas dan mudah... Di samping, ada uji bakat, setiap peserta diberi tugasan, kelas, konsert setiap minggu dan juga berlatih untuk hidup di alam artis.. biase la tu kan, kamera kat sekeliling... tipulah kalau diorang tak cover2 kan? mesti kena jage penampilan...


Ok, that is not the real issue, isu yang kita nak bincang sekarang ni, berkenaan dengan fenomena program realiti yang melanda rakyat Malaysia... Masa awal2, program realiti banyak fokus kepada menyanyi... Astro, TV3, RTM dan NTV7...sume nak start buat program realiti...Lepas tu, diorang da start buat program realiti untuk benda2 lain pulak, termasuklah :


Anak Wayang : Mencari Pelakon Drama


Raja Lawak : Mencari Pelawak
Program ini diteruskan dengan penggabungan kesemua finalis Raja Lawak musim2 terdahulu dan dikenali sebagai Maharaja Lawak.


Sehati Berdansa : Menyaksikan Selebriti2 dalam menari bersama pasangan masing2
Mari Menari : Mencari Penari (orang awam)


Imam Muda : Mencari insan yang berpengetahuan tinggi mengenai Agama Islam

Ini semua baru program realiti yang dihasilkan oleh Astro, belum lagi termasuk program yang dihasilkan oleh syarikat media prima dan RTM....
Kita dah ade Mentor (nyanyian berguru), Malaysian Idol (nyanyian), Bintang RTM (nyanyian), Idola Kecil (nyanyian), My Star LG (nyanyian), Audition (nyayian dan lakonan), Gangstar (nyanyian berkumpulan), Pilih Kasih (lakonan), Gadis Melayu (model), Malaysian Top Host (pengacara), Akademi Al-Quran (qari), Masterchef Malaysia (masakan)...

So, boleh dikatakan semua genre telah dijadikan sebuah program realiti...
Apa lagi yang belum dibuat ye? mencari bakat dalam pelakon cerita seram? pembaca berita muda? model? tukang masak? ahli stunt? pemain bola? pelakon teater?
Satu hari akan datang, pasti ada.............

Tuesday, March 15, 2011

Pray for Japan

13/3/2011
Dunia digemparkan sekali lagi dengan bencana yang melanda Sendai, Jepun dengan gempa bumi berserta tsunami bermagnitud 8.9 skala...
Gempa bumi ni dikatakan antara yg terburuk setelah beberapa tahun lamanya dalam sejarah gempa bumi Jepun...
Negara2 di sekitarnya seperti Filipina, Indonesia (Sulawesi, Papua dan Maluku), Malaysia (Sabah dan Labuan), Amerika Syarikat (Hawaii) terkena sedikit tempias dari gegaran itu... tapi, takdela seteruk dekat bandar Sendai tu... dan Tokyo pun tak terjejas sangat...

Inilah antara gambar2 yang merubah wajah Jepun dari impak tsunami tu...

Ribuan kereta yang berselerak seperti kekacang bertaburan di atas lantai...


Tempat persinggahan bagi mangsa2 gempa... agak organise kan?


Jet pejuang Jepun yang terkandas di tempat awam...

Kelihatan Doraemon terlantar di atas tanah menunjukkan rasa sayu akan musibah yang berlaku terhadap negara kelahirannya..... (mender?!!)


Sebuah kapal mewah yang tersangkut di atas bumbung bangunan/rumah tu... Singaporean says that as "Marina Bay Sand"... They like bot atas bangunan...

"Well then, lets us PRAY for JAPAN...
きれい私たち日本のために祈る"

Monday, February 14, 2011

Kelebihan Selawat mengikut Ulama'

Pertame sekali, Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepade semua umat Islam di seluruh dunia~


Antara kelebihan selawat :

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.

2) Ditulis sepuluh kebajikan.

3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.

4) Diangkat sepuluh darjat.

5) Memperolehi kesempurnaan iman.

6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.

7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.

8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.

10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.

11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.

12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.

13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.

14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.

15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)

16) Terhindar dari kefakiran.

17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.

18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.

19) Terhindar dari orang-orang bakhil.

20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.

21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.

22) Menjadi zakat dan pembersih diri.

23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.

24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.

25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.

26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.

27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.

28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.

29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.

30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.


Thanks to :
Wikipedia

Tuesday, January 11, 2011

Isu Panas Facebook

Mungkin korang pernah dengar gossip panas yang dah tersebar melalui internet kan?
pasal laman social network yang popular iaitu Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011 nnti... khabar angin tu mengatakan yg si Mark Zuckerberg tu nak kembali ke kehidupan asal die dan terlalu stress...
hahahah.. korang tak perlu lah nak risau~ tu sume pembohongan semate2...
khabar angin je tu... hahaha... mane la ade org kat dunia ni yg nak menggadaikan bnde yg dah membuatkan die hidup senang lenang kan? huuhu... Ni antara petikan yg aku dapat dari sebuah laman web...~
Let’s think about this for a minute. Would Facebook decide to shut down the company just a few days after announcing a round of funding, consisting of $450 million from Goldman Sachs and $50 million from Russian investment firm Digital Sky Technologies, on a valuation of $50 billion?
so, for those yang menghidap penyakit Facebookism, theres nothing to be worried~