Showing posts with label Wishing. Show all posts
Showing posts with label Wishing. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Double Celebrations!


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

DAN

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia
ke-54

Marilah kita menyambut kedua-dua perayaan ini dengan penuh bersemangat.
Aidilfitri lambang kemenangan umat Islam menahan nafsu di sepanjang bulan Ramadan,
Merdeka lambang kebebasan sesebuah negara dari penjajah luar..
Salam RAYA-MERDEKA buat semua!

Friday, August 19, 2011

Top 5 Only in Ramadan

Among Malaysians,
Inilah perkara2 TOP5 yang hanya terdapat pada Bulan Ramadan...

( 5 )
Qiyamullail
- Kebanyakkannya melakukan Qiyamullail pada bulan puasa fasa ke-3, mase ni, meriah la surau2 dan masjid2.

( 4 )
Shopping Raya
- Confirm, semua tempat shopping ade buat diskaun besar-besaran, dan kalau nak tempah jahit baju waktu bulan puasa ni, memang 1 dalam 1000 laa.

( 3 )
Buah Kurma
- Buah ni popular masa bulan Ramadan je, bulan2 lain orang Malaysia tak makan buah kurma, diorang makan kismis.

( 2 )
Solat Terawikh
- Alhamdulillah, meriah la sikit surau2 dan masjid2 setiap malam, sebab kalau tak, so-so je jemaah (ikut kawasan jugak).

( 1 )
Bazaar Ramadan
- Tidak boleh disangkal lagi, bazaar memang layak la dpat no.1 kan? Setiap kawasan mesti ade bazaar, dan 1Malaysia banyak spend kan masa petang diorang dengan melihat juadah dan cuci mata dengan makanan yang pelbagai spesies.

Dengan ini,
Masih tidak terlambat lagi untuk mengucapkan...
Selamat Berpuasa | Selamat Berbuka | Selamat Bersahur | Selamat Beribadah | Selamat Membayar Zakat Fitrah... =)
Semoga Bulan Ramadan pada tahun ini memberi makna yang cukup mendalam dan sedikit sebanyak dapat melatih diri kita menjadi seorang yang bertaqwa dan beriman...
Terima Kasih... =D

Sunday, May 8, 2011

Hari untuk Ibu

Pada setiap bulan Mei, hari ahad pertama... Setiap tahun, semua orang di seluruh dunia akan menyambut satu hari yang penuh bermakna buat semua wanita-wanita yang bergelar ibu...
Mari kita sama-sama mengenang dan menghargai jasa ibu yang tidak ternilai ini...

Walau di mana anda berada, ibu akan sentiasa disamping kita...
Tak percaya?? tengok la gambar2 kat bawah ni...

Time mendaki bukit tinggi, emak pun mendaki sekali... Segala onak dan duri semasa mendaki tidak dihiraukan... Dengan harapan tinggi menggunung supaya dapat menikmati keindahan alam semulajadi bersama-sama...


Di tengah2 lautan, merentasi Lautan Cina Selatan, emak ikut sekali memberi sokongan... Segala angin ribut, ombak gelora, ditempuhi dengan hati yang kental... Dengan harapan seluas lautan untuk menikmati keindahan pulau...


Ketika membuat lawatan ke Zoo, emak menemani dan sentiasa berada di sisi... Segala haiwan yang berada di situ membuatkan kami terhibur... Dengan harapan dapat kami menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan kepelbagaian spesies haiwan di muka bumi ini...


Ketika menjelajahi air terjun dan sungai, emak turut serta dengan memberi pertolongan dari segi aspek fizikal dan mental... Segala rintangan dan selok-belok hutan diterjah... Dengan harapan dapatlah kami merasa keajaiban alam semulajadi dan kesejukan air terjun!


Haaa... Terlalu banyak pengorbanan seorang ibu kepada anak mereka...
Jadi, kita sebagai seorang anak haruslah memberi yang terbaik untuk ibu supaya dia akan berbangga kerana memiliki anak seperti anda!
Selamat Hari Ibu kepada seluruh Ibu2 di Malaysia, dan Happy Mother's Day to all Mothers in this entire World!

Tuesday, March 15, 2011

Pray for Japan

13/3/2011
Dunia digemparkan sekali lagi dengan bencana yang melanda Sendai, Jepun dengan gempa bumi berserta tsunami bermagnitud 8.9 skala...
Gempa bumi ni dikatakan antara yg terburuk setelah beberapa tahun lamanya dalam sejarah gempa bumi Jepun...
Negara2 di sekitarnya seperti Filipina, Indonesia (Sulawesi, Papua dan Maluku), Malaysia (Sabah dan Labuan), Amerika Syarikat (Hawaii) terkena sedikit tempias dari gegaran itu... tapi, takdela seteruk dekat bandar Sendai tu... dan Tokyo pun tak terjejas sangat...

Inilah antara gambar2 yang merubah wajah Jepun dari impak tsunami tu...

Ribuan kereta yang berselerak seperti kekacang bertaburan di atas lantai...


Tempat persinggahan bagi mangsa2 gempa... agak organise kan?


Jet pejuang Jepun yang terkandas di tempat awam...

Kelihatan Doraemon terlantar di atas tanah menunjukkan rasa sayu akan musibah yang berlaku terhadap negara kelahirannya..... (mender?!!)


Sebuah kapal mewah yang tersangkut di atas bumbung bangunan/rumah tu... Singaporean says that as "Marina Bay Sand"... They like bot atas bangunan...

"Well then, lets us PRAY for JAPAN...
きれい私たち日本のために祈る"

Monday, February 14, 2011

Kelebihan Selawat mengikut Ulama'

Pertame sekali, Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepade semua umat Islam di seluruh dunia~


Antara kelebihan selawat :

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.

2) Ditulis sepuluh kebajikan.

3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.

4) Diangkat sepuluh darjat.

5) Memperolehi kesempurnaan iman.

6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.

7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.

8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.

10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.

11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.

12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.

13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.

14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.

15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)

16) Terhindar dari kefakiran.

17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.

18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.

19) Terhindar dari orang-orang bakhil.

20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.

21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.

22) Menjadi zakat dan pembersih diri.

23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.

24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.

25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.

26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.

27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.

28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.

29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.

30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.


Thanks to :
Wikipedia

Monday, December 6, 2010

Peristiwa Penting Awal Muharram

Selamat Menyambut Awal Muharram (1432H) kepada semua umat Islam di seluruh dunia... semoga pada tahun baru ni dapat memberikan satu platform untuk kite ame2 berusaha dalam mencapai kehidupan yang lebih baik dan meningkatkan keimanan dalam diri...


Peristiwa2 penting semasa Awal Muharram...

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharram
  • Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
Sumber dari :
JomLayan.com
(author : tempe)

Tuesday, November 16, 2010

Senyum Lembu

Salam Perantau Edisi Lembu

" Assalamualaikum... Saya, Tompok... seekor lembu kacukan yg kini berada di New Zealand kerana bekerja di Ladang Queenstown, ingin mengucapkan selamat berkorban kepada semua lembu2 yg berada di negara2 Islam termasuk keluarga tercinta di Malaysia... Saya kat sini, sihat walafiat...
alhamdulillah, produksi susu makin bertambah semenjak dok kat sini... Kepada bapa saudara yg tercinta, tompok dgar pakcik nk dijadikan korban kan? so, diharap tabah dan bertenang menghadapi proses penyembelihan kelak... Anyway, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua!! "

huhuhu... ni pulak gamba bahagian2 lembu utk diagih2kan semasa penyembelihan... hah! ape lg? pilih la bahagian mane yg nak... tp jgn lupe tlong gotong royong tu... kalo dtang2, maen amek je...memang tak la!!! hahahahah... kalo aku dpat bahagian2 daging ni la kan,

daging : wat masak kicap
tulang : wat kari
ekor : wat sup
perut : wat kerabu
daging sirloin : panggang wat steak
daging rusuk : wat panggang black pepper
lidah : goreng kunyit
kulit : tanam bersame2 isi perot...~

huhuhuh... ok, selamat beraya!!!

Tuesday, September 7, 2010

Raya Aidilfitri Celebrations


Assalamualaikum to all readers,
here it is!! setelah berpuasa selama sebulan (insyaallah), and now mari kita semua umat Islam menyambut bulan kemenangan~!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada :
  • Keluarga tercinta, Mak, Abah, AkakGG n AbgAz.
  • Semua keluarga besar termasuk nenek, pakcik, makcik, sepupu, dua pupu, anak sedare, cucu sedare dr Johor, Terengganu n Melaka...
  • Kawan2 satu UiTM Pahang termasuk rakan sekelas, sekos dan TheWonders
  • Kawan2 MRSM Muar termasuk yg rapat n x rapat dan juga G'nine9
  • Kawan2 SMK Putrajaya 2 / Presint 9 (1) terutama budak sekelas n setusyen
  • Rakan2 sekolah lame yg mengenali termasuk dr sekolah rendah, sekolah menengah dan juga sekolah agama
  • Rakan2 PLKN dari Kem Putra Sentosa, Sematan
  • Jiran2 rumah yg dok kat Tmn Subang Impian dan juga Tmn Jengka Impian
  • Dan juga kepada semua rakyat Malaysia!!

Friday, August 13, 2010

Hayati Ramadhan

Bulan Ramadhan yang mulia ini telah pun menjelang kembali...
Insyaallah tahun ni merupakan tahun yg terakhir menyambut bulan Ramadhan kat Jengka...
Tahun ni mmg agak bebrbeza dengan tahun2 yg lepas, sbb da x dudok kat kolej...
everything kene independent~

So, tahun ni aku nak cube hayati bulan ni dengan baik so that xde la same mcam tahun2 lepas...~
Firstly, aku tertarik dengan tazkirah dr seorang Ustaz kat surau berdekatan ngan umah aku...

He said :
"Ibadah" ini diibaratkan seperti "Kerja"...
kite bekerja sebab ade 2 perkare ; firstly, sebab kite tahu tujuan kite bekerja, dan juga kite tahu kelebihan yg akan kite dapat dr bekerja... so, samelah mcam ibadah... puasa is a part of ibadah.. kalo kite x tahu ape tujuan kite berpuase, maka kosonglah ibadah kite tu...


Dan satu lagi :
Ade 3 kelas dalam puasa...
  1. Puasa kelas Ekonomi : Puasa yg hanya menjage makan dan minum...
  2. Puasa kelas Bisnes : Puasa yg menjage makan dan minum, serta menjaga 5 pancaindera iaitu menjage mata, telinga, mulut, tangan dan kaki...
  3. Puasa kelas Eksekutif : Puase yg menjage makan dan minum, menjage 5 pancaindera serta menjage hati dan otak.... Inilah antara kelas puase yg paling berat utk dilakukan oleh umat Rasulullah saw sekarang...~
So, korg amalkan puasa yg mane? Fikir2kanlah... Mostly org akan melaksanakan puasa kelas ekonomi dan golongan ini hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja... nauzubillah~

Ape2pun, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di muka bumi ni~

Thursday, July 1, 2010

The South Newlywed : Imran & Nurlaily

"Pergi merantau ke Johor Bahru,
Singgah sebentar di pekan Segamat,
Kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru,
Semoga pasangan bahagia ini sentiasa selamat."


Md Imran Bin Hj Zakaria & Nurlaily Binti Md Noor

12 Jun 2010
Majlis Pernikahan serta bersanding di sebelah perempuan... Semoga kasih sayang sesama suami isteri ini terus kekal ke akhir hayat...
Bertempat di Kg.Jawa, Segamat.. The most unforgetable things in this majlis is...The variety of drinks (termasuk cendol 1Malaysia), adat 'tol' is being practised in this majlis dan juga fesyen rambut merah~ hahahha... Tidak lupe jugak dekat sekumpulan nurse dr Kolej Kejururawatan Segamat...(maybe, cant remember name kolej tu)



27 Jun 2010
Majlis Perkahwinan yang bersejarah ini penuh dengan wajah2 ceria dan kebahagiaan terpancar bagi 2 orang mempelai ini... time ni, buat majlis dekat belah lelaki...
Bertempat di Dewan Jubli Perak, Bandar Baru Uda, Johor Bahru... Istimewanya dalam majlis ni ialah kelincahan pemuda2 berbaju kotak merah, the biggest pulut kuning, the extravaganza of pelamin dan juga mini konsert dari pengantin lelaki... hahahah...

Pengantin bersama The Biggest Pulut Kuning (menang award pulut terbesar di Padi Malinja)










Disebelah kanan, pengantin bersama sepupu lelaki atau lebih dikenali sebagai Ahli2 Pemuda Berbaju Kotak Merah... dengan slogannye "Kami Tak Gentar, wahai Makcik Berbaju Hijau"...

Dan disebelah kiri, pengantin bersama sepupu perempuan plus PokCu...~Slogan diorang, "Cik, nak telor pindang? Nini coklat celup ni untuk budak2,
makcik jgan amek k..~"


Hehehe... so, ape2 hal, kami sekeluarga semua mengucapkan semoga murah rezeki dan semoga berbahagia ke anak cucu dan cicit...
Semoga menjadi sebuah keluarga yang taat kepada agama, bangsa, dan negara...~ Salam..

::: New Malay Box-Office : Based on true story :::
Comming Soon :
Cinta Sungai Muar

(A new member was born!)
directed by : Mr. Eyezart
presents : Md.Imran & Nurlaily
2011


psstt :
ole2 dari Phuket xde ke? utk kitorang? heheheh...
XD

Friday, April 2, 2010

Salam Takziah buat Din...

Din Beramboi, atau nama sebenarnye, Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah kembali ke rahmatullah pada 12.30pg jumaat lepas disebabkan penyakit denggi berdarah...


Banyak bende yg telah ditinggalkan oleh beliau termasuk lawak jenakanye yg x kering gusi serta rancangan2 beliau yg menarik minat ramai penonton di Malaysia ni...
Mari kite same2 sedekahkan Al-Fatihah kepadanye agar rohnye dicucuri rahmat... Amin~

kata-kata terakhir Din Beramboi ketika malam final Raja Lawak 4 (semase memberi komen kat Alex)...
"Jika saya tiada lagi di radio ERA, kamu ganti tempat saya...."

Friday, December 25, 2009

Lights of Nature...

Versi/Version:
Memartabatkan Bahasa Malaysia,
Memperkukuh Bahasa Inggeris.
( MBMMBI)


B
iasenye, apa yang menghiasi pokok krismas yang membuatkan ia berkelip2 dan juga bercahaya??
Hmm...maybe, some glittering, the shining balls, lampu kelip2 n so much things yang reflect lights...kan??

But, I think it is more beautiful when the lights is comming from the nature itself... err...fireflies for examples... then you realise that it is the greatest of creation by Allah...

Recently, we went to Kuala Selangor to witness this beautiful nature...
What I would said that.... it is soooo aWesOmE!! more3 beauty than hand made christmas trees...~ hahaha...~ One tree with a full of fireflies...

Berdasarkan pak cik yang bwak sampan tu, die kate... kalau yg jantan die lebih terang... Betina lebih malap... dan uniknya kelip2 ni, ia berkelip secara serentak! huhuh... giller cantik~!

Hmm.. Even cantik, tp sayangnye xleyh amek gamba... sbb kalo amek pun, mcam kite amek gamba pokok je~ Kamera mahal pon still x dpat nak snap kelip2 ni... So, kalau nak nikmati keunikan dan kecantikan kelip2 ni, pergilah ke Kg. Kuantan, Kuala Selangor...~

Thus, Preserve Them To Keep Them Glowing...
and Merry Christmas for those who celebrates & Happy New Year 2010 to all...

Thursday, September 24, 2009

Warna-Warni Aidilfitri

Aidilfitri telah pun tiba,
Ketupat rendang sedap tak terperi,

Ziarah menziarahi amalan kita,

Duit raya jangan lupa diberi...

Assalamualaikum kepada seluruh muslimin dan muslimat yang menyambut Aidilfitri tak kira di mana anda berada...~
Adakah Sambutan Hari Lebaran pada tahun ini bermakna buat anda??
hmm... seelok2nya, sambutlah bulan kemenangan ini dengan sederhana~(xyah la over sgt smpai nak dok bakar rumah~)
So, kat sini aku nak citer sket pengalaman raya tahun ni kat rumah nenek belah mak, kat Johor Bahru~

1 SYAWAL : Mukadimah Aidilfitri
- Solat Sunat Aidilfitri
- Biskut Raya pertama yang ditelan, Tart Nenas...hehehe~
- Bersalam-salaman dan bergambar-gambaran
- Lunch with Nasi Beriyani at Mak Long's House
- Heading to Gelang Patah, kampung Mak Ngah

Suasana di rumah Mak Long... Presenting my grandma, yg pkai baju pink tu...
tgah bergosip la tu kot~ hehehe....


Biru, tanda perpaduan...Eh!!, ni sambutan raye la~ bukan merdeka... hahaha
yang berbaju biru ni, kluarge Pak Ngah aku... Diorang tgh menikmati Nasi Beriyani di pagi raye...


Rumah Tok Patah kat Gelang Patah....
Ramainye org~... Muke ceria je sume bile dah kena asam pedas ikan sembilang~ hahaha...


Thats my grandma~ kadang2, atok kene senaman sket...
hmmm...


Akak aku mmg suke berposing~ yang pakai bju kurung kaler putih tu kazen aku... die jarang nak masuk dalam gamba, sebab die suke jd sukerela nak amek gamb0~



2 SYAWAL : Lebaran's Barbecue & Grill
- Shopping at Giant Tampoi (cari bahan2 untuk memanggang)
- Barbecue kat depan rumah...nyUmMy!!

Ni dah wave(round) ke-3 ni... dari kiri, asparagus, skew veggie, BBQ beef skew, baked potato jacket, cencaru bakar... hahaha...~


See!! its handmade!!~ hahhaa... rajinnye diorang ni...~
makanan dari air tangan abg n akak...


Nyum2... melantak sorang2...ceh, kantoi lak x wat keje...~ hmmm...
api tu bukan CGI tau~ mcam api dlam citer anto0 fighter plak...~


Inilah suasana sebenar pada malam tu....
ade yang bergosip, ade yang membakar, ade yang jd tauke air, n ade gak jd tukang amek gamba...huhuhu



3 SYAWAL : Aidilfitri Lights the Danga Nights
- Sedara-mara dari Batu Pahat datang~
- Malam tu, projek bermula... Danga Nights!!
- Senaman secara tak sengaja time naik beca tuh~ adoyai...~

Kalo pegi JB, rase cam ade bnde yg tertinggal kalo x pi Danga Bay nieh...
Bukannye ade ape pon kat situ, cume ade byk bnde yg boleh menghabiskan duet~
hahahah....


Cahaya2 lebaran yang menyinari malam di teluk selatan ini... Ceh, ade plak org yg interframe kat tepi tu~ tumpang glamor ye~ hahaha....


Train Rides... honk2!! Sape kate kat JB xde LRT???!! abes tu yg aku naek tu HaPe?? hahaha...
Maaf ye kat sume dak jb... gurau jex~... =D


Hah, yang ni plak, sape kate kat Melake n Penang je yg ade beca?? Abes tu yg aku naek tu HaPe?? hahaha... siap ade lampu gliter2 lg...waahaha!!!
Err... baju yg aku pakai tu mmg gelap sket kat belah atas...kirenye, yg k0rg nmpak tu bukan peluh~ (tWeett!! penipu!!!) =D



4 SYAWAL : Rekreasi di Aidilfitri
- Bersantai kat rumah Pak Long
- Heading to Taman Merdeka, JB
- Fotokrazee!!! (Photocrazy!!)

Raye, raye jugak... santai, santai jugak...
kitorang telah memilih Taman Merdeka ni sebagai pusat utk berekreasi n wat aktivitis fotoshut (penggambaran...Amaran!! jgn gune bahasa direct translate lg k~)... hahaha... Kak Ila kate, tmpat ni lawa...yEap, it is~!!


Malaysia Bebas Sampah 2009!!!
hahaha... lompat kegirangan tanda kemenangan dan pembebasan~!!


Rancangan awal, katanye nak berjogging...
asSudDah~ kalo da start bergambo, tr0s batal plan tue~
hahahah... macam ade kat h0tel or villa kan?? padahal tempat j0gging jex...


Ucapan kepada warga Selangor : Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri~!!
(salam perantau dari Johor Bharu...) hahahah......


Very nice view... tasik die nmpak cantik kan?? padahal..........
kat sebelah tu je ade sek0r ikan timbul(mati)...hmmm


See... cahaya syawal masih lagi menyinari kehidupanku... Alhamdulillah~











Dengan ini,
Saya Mengucapakan Selamat Menyambut
Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
Semoga segala kesilapan serta kesalahan dimaafkan~