Showing posts with label Foodies. Show all posts
Showing posts with label Foodies. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Adik-Beradik Buah

Ramai yang dah tahu, ramai yang tertanya-tanya dan ramai jugak yang tak perasan...
Pasal buah-buahan.. sama la mcam kita, ade adik-beradik, berlainan bangsa, dan memiliki budaya yang berbeza...
Kali ni, sajala nak bawak korang semua mendekati buah-buahan yang sama tapi tak serupa ni..
Actually, ini hanyalah pendapat semata-mata.. tak buat research ataupun amek maklumat dari mana-mana laman web pun.. so, kalau korang rasa-rasa pendapat aku ni mcam tak tepat, bagitau la ye..

LAI & PEAR
LAI : Selalunya bewarne kuning, isi die kasar sket, pastu ade rase "gritty texture" sket (ala2 batu2 kecil), kulit luar die biasenye berbintik2 dan kdang2 manis, kdang2 masam dan kdg2 tawar.
PEAR : Selalunye bewarne hijau, bentuk ala2 jambu batu, isi die lebih lembut, kulit luar berkedut2 sket, selalunya manis ikut nasib gak kalau2 dpat yg tawar.

RAMBUTAN & PULASAN
RAMBUTAN : Kulit luar lebih berbulu, isi kadang2 melekat dekat biji tapi ade jugak yang tak melekat, rase jus die manis dan masam, isi padat.
PULASAN : Kulit luar keras, berduri2 tapi tak tajam, isi kebanyakannya melekat kat biji, ade bau dan rasanya yang tersendiri, isi lebih lembut tapi melekat kat biji.

LIMAU NIPIS & LIMAU KASTURI
LIMAU NIPIS : Isi dalam warna putih, saiz kebanyakannya besar, beraroma sitrus dan masam.
LIMAU KASTURI : Isi dalam warna kuning dan oren, saiz kecil, kulit luar boleh didapati dlam warna hijau atau hijau kekuningan, rasa samada masam atau manis.

MANGGA & KUINI
MANGGA : Kulit luar boleh didapati dalam warna kuning, oren atau hijau, rasa ada yang manis, masam, mempunyai jus serta aroma, lebih lonjong dan kurang serabut(serat).
KUINI : Kulit luar warna hijau, berbentuk bulat, rasa manis dan bergas, lebih jus dan aromanya kuat lebih kurang macam buah durian, banyak serabut(serat).

CEMPEDAK & NANGKA
CEMPEDAK : Kulit luar bergetah, isi lembut, lebih basah, isi lembik dan mudah dipicit, berserat, manis seperti bergas dan wangi.
NANGKA : Kulit sama mcam cempedak, isi padat, kurang jus, tidak berserat, isi ala2 rangup, rasa manis dan beraroma.

LANGSAT & DUKU
LANGSAT : Kulit lebih nipis, isi kdang2 kelat, kdang2 manis, biji sangat pahit dan ade banyak serat di tengah.
DUKU : Kulit lebih tebal, isi kadang2 manis, kadang2 masam, isi kecil sebab mmpunyai kulit yang lebih tebal, rasanya lebih kurang sama dengan langsat.

KELAPA & KELAPA LAUT
KELAPA : Air rasa manis dan memiliki sedikit rasa umami (sejenis rase yg susah utk diterangkan), isinya juga sperti tiada rasa (senang citer, rase die, rase kelapa), kulit tebal dan serabut kulitnya sangat berguna dan dikenali sebagai sabut.
KELAPA LAUT : Rupa luaran die lebih kurang macam kelapa, cuma warne die lebih gelap dan kelihatan seperti manggis gergasi, rase buah die tak pasti (maybe same mcam kelapa kot), air die manis dan beraroma sperti buah mata kucing.

Monday, May 23, 2011

Malaysia Book of Record : Kek Terbanyak

Pada 16hb Mei 2011 merupakan tarikh yang sangat bermakna buat seluruh warga Perlis...
Pada hari tersebut, seluruh rakyat negeri Perlis menyambut Hari Keputeraan Raja Perlis.
Satu lagi rekod telah tercatat dalam Malaysia Book of Records iaitu Persembahan Kek Terbanyak sebagai tanda menjunjug kasih sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-68 DYMM Tuanku Raja Perlis.
Sambutan ini dilakukan di Politeknik Syed Sirajuddin Arau dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia.
Pelbagai rupa bentuk, corak, warna dan gaya persembahan kek telah disumbangkan oleh pelbagai agensi2 di seluruh negeri Perlis.





Kalau tak silap, masa tu adela dalam 1000 biji kek dipersembahkan pada hari tersebut...
Dalam 500 biji kek disedekahkan kepada Jabatan Kebajikan dan anak2 yatim...
Dalam masa lebih kurang 1jam lebih, semua kek dekat atas meja tu licin.... hahahah... ganas betul diorang ni kalau bab2 benda free~



Tuesday, December 7, 2010

Cerita tentang Roti

Roti...
makanan paling simple, berkhasiat dan bertenaga...
asas kepada tepung gandum, yis dan juga diperhebatkan dengan bijirin dan perisa2 yang menyelerakan...
pelbagai cara utk dihidangkan iaitu; secara sapuan marjerin, dibakar, digoreng bersame telur, dipersandwichkan, dikukus dan juga boleh dimakan begitu sahaje...
roti merupakan makanan yang agak penting, sebab itulah die berada di carta yang paling bawah pada carta piramid makanan...

Roti dan manusia, xboleh dipisahkan....
seluruh bangsa kat dunia ni makan roti... xpercaye? mari kite tgok gelagat2 roti yg telah diubahsuai mengikut kesesuaian budaya...

Name roti ni, Roti Paung... atau lebih dikenali sebagai roti naik..
roti ni popular dlm kalangan masyarakat melayu dan boleh didapati dalam perisa butter, kacang, kaya dan kelape...
Roti paung ni boleh didapati di kwasan Marang dan Dungun, Terengganu


Roti, bersame telur dan baked beans...
Roti seperti ini, lazim buat masyarakat cina, jepun dan korea...
hidangan roti seperti ini boleh didapati di kedai2 kopitiam...


Roti canai, roti yg tidak asing bg rakyat Malaysia...
juga dikenali sebagai roti paratha dan merupakan makanan asli masyarakat india...
adek beradek kpade roti canai ini, seperti capati, tosai dan roti naan...


Roti sandwich, sjenis mkanan yg berasaskan roti...
sandwich ni universal sket sebab die berade di seluruh pelusuk dunia..
cuma yg membezakannya ialah inti...ade org suke sardin, bacon, keju, telur dll...


Ini pula burger, makanan ruji bg orang amerika mahupun di eropah...
roti pada burger menjadi pelengkap khasiat dlam mkanan tersebut...


Pizza juga merupakan makanan yang asas drpd roti...
cume toppingnye yg mnjadikan pizza2 berlainan...
makanan seperti ini sangat popular bg orang itali dan juga amerika latin...


Dan roti juga telah dikomersilkan oleh byak syarikat...
antarenye, Rotiboy...smpai beranak2 syarikat ni sehingga lahirnye MamaRoti, PapaRoti, AuntyRoti dn byak lg...
Byak syarikat roti sperti Baker's Cottage, King Confectionary, Bread Story, Bread Talk, Gardenia dll telah membawa revolusi roti ke seluruh dunia....

Sekarang anda tahu...
roti dan manusia mmg x boleh dipisahkan...
dan sekarang juga anda akan tahu, ape impaknye bile harga tepung melonjak naik...

Wednesday, September 15, 2010

RayaRiya (Edisi Lemang)

Edisi Lemang : Barbecue Night

Raya Pertama
Ziarah-menziarahi ke rumah saudara-mara yg terdekat walaupun tengah demam... demam di pagi raya?? biase je... sbb cube fikir, which is better? demam di pagi raya atau accident di pagi raya?? hah! so, ape2pn, kite kena bersyukur...

Raya Kedua
Hah!! edisi lemang kali ni berlaku pada syawal yg ke-2 ni... Petang tu, mcam biase, barisan2 chef sperti my akak, abang n spupu pegi Giant utk beli brang2 for barbecue pada malam tu... aku tak ikot pn sbb takot saket melarat... mase barbecueing tu, aku tolong la ape2 yg patut... amek gamba ke, tolong bukakkan paket ke... dan ape2 yg patut...









Gambar kiri : Semasa penyediaan
Gambar kanan : Selepas penyediaan dan siap sedia untuk dipanggang










Gambar kiri : Sebelum masak
Gambar kanan : Selepas masak


Menu yg diorg ni buat, xdela byak sgat...just a colourful skewers and baked cheezy potatoes... Untuk skewer, ramuan yg tercocok pada lidi tu, daging kerbau, lada benggala, cendawan butang yang diperap dengan ramuan rahsia... (bukan rahsia sbnarnye, sbb aku pn x ingat ape bnde yg diorg cmpur)..
Untuk baked cheezy potatoes, setiap lapisan potongan kentang tu disapu butter dan juga keju cheddar... (tips : nak lagi sedap, kne letak susu penuh krim)... pastu kentang tu dibakar di dalam oven dengan suhu yang berpatutan... tak terlalu perlahan, dan tak terlalu kuat...


Dua gambar kat atas ni mase penyediaan makanan.. ade yang tengah memotong, menggaul, mencocok, menyusun, menabur, memakan dan lain2...


Hah! itulah kak jue dan anak2nye... yang baby boy tu dinie namenye... perhatikan betol2 kat baby tu... ni lah bahan bukti sebelum lantai dapur tu dibanjiri air... hehehe...xdela smpai banjir... sket je air yg tumpah...~


Proses pemanggangan dan ruang menunggu dibuat kat luar dapur... Begitulah rupenye barbecue yg dibuat pada malam tersebut... sambil berlatarbelakangkan lagu2 raya, maka meriahlah malam raya ke-2 pada malam tersebut....


Ok, thats all in this Edisi Lemang : Barbecue Nights...
Jumpe lagi di edisi seterusnya....
===Selamat Hari Raya Aidilfitri===

Monday, September 6, 2010

Spaghetti Ala-Melayu

Alhamdulillah... dalam angan dan sedar, kite telah pun berpuasa selama 3 minggu lebih... lagi beberape hari je lagi seluruh umat Islam di muka bumi ini akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri~So, kalau ade certain2 dr korg sume yg dah mule rase jemu dengan juadah2 kat bazaar ramadhan tu, meh sini cube resipi my sis... spaghetti ala-melayu atau lebih dikenali sebagai Spaghetti Black Pepper...
Biasenye makanan2 dr itali ni kan diorg suke letak bnde2 yg x pedas mcam tomato, keju, dan cendawan kan? so, kali ni kite try give it some spices that suits selera org Malaysia~

Lets co0king!! just follow this steps :










Belah kanan (Rajah A) - Minyak, bawang merah, bawang putih, kicap, lada hitam
Belah kiri (Rajah B) - Lada hitam, lada sulah, serbuk basil, paprika, garlic steak

Firstly, rebus spaghetti sehingga masak, letak sikit minyak dan garam ke dalam air rebusan

Dalam masa yg sama, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, goreng daging cincang sehingga masak

Letakkan bawang merah dan bawang putih yang telah dipotong dadu... tumis sehingga naik bau

Bubuh secukup rase kicap char kuey teow/kicap cair... dan utk rasa, letak kicap manis dan kicap masin secukup rase mengikut citarasa

Letakkan herba2 serta serbuk2 termasuk lada hitam yang telah ditunjukkan pada Rajah B

Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan spaghetti itu td mengikut citarasa anda samade nak kering atau basah

Campurkan spaghetti yg telah direbus tadi ke dalam bahan2 yg telah ditumis dan digoreng td... goreng sehingga sebati, dan...SIAP!

Inilah die Spaghetti Ala-Melayu yg telah siap dihidang...

So, Selamat mencuba & Selamat Berpuasa semua!!

Sunday, June 21, 2009

Perkara biasa kalau makan di Shah Alam...

Shah Alam...
bandar ke-8 terbesar kat Malaysia(mengikut bilangan penduduk) ni memang banyak memiliki rest0ran2 atau gerai2 yang orang kate, "b0LeH LaaAa....~"

So, korang penah makan kat Shah Alam tak??
kalau pernah, korang mesti dah biase ngan makcik or pak cik yang mencari rezeki diorang dgn.....

mEnJuaL keRePek!!~

macam2 ade, krepek ubi, pisang, bawang, muruku, n byk lg~

Berlegar2 menjual krepek...
Yang peliknya, time aku datang makan je mesti ade diorng nieh~

macam da buat temujanji......hmmm...



Mereka akan menghidangkan satu per satu kerepek kat atas meja korang, tapi AWAS!!! die bukan nak bg free~ Hahahahah....
of course la kan... tp taklah mahal sangat~ Normally, 3 kerepek dijual ngan harge RM10...
Yg bestnye, bende ni da macam jd satu penyakit sbb rasenye semua rest0ran or gerai kat Shah Alam ni mesti ade diorang......Adoyai~
Hmmm..... takpela, asalkan diorang Happy~!!

Hidangan istimewa dari mak cik tu kat satu meja...
Kesian kat mamat tu, stelah berkali2 kate "Tak Nak...",

Mak Cik tu still letak gak...hmm...kesian gak...tp.....



Dah terlanjur ckap pasal bende ni, haaa...ni nak pr0mote sket tempat2 makan yg agak beSt n menjadi tempat persinggahan keluarge aku utk menjamu selera....~

Restoran Ala-ala High Class :
Pak Li Kopitiam (sek7 n sek18) , Big Food(TTDIjaya), Ani Sup Utara (byk tempat ade), Nasi Lemak Antarabangsa (TTDIjaya), Restoran kat tasik tu...(jarang mkan kat sini...), Kedai Kopi (kat tepi tasik), Nasi Beriyani (sek9), Stall at Shah Alam Walk (dpan Alam Sentral), Restoran Thai (Plaza S.Alam, Sek9).....n etc~


Restoran biase2, food court dan gerai2 :
Sri TTDI, Aimar Char Kuey Teow (TTDIjaya), Food court Sek2, Food court Sek17, Food court Sek11, Restoran Azira (sek10), Restoran Soto (sek8), Food court Kg.Subang, Kandang Puncak Perdana (kat UiTM kampus P.Perdana, SekU10), Mamak (RS & MMZ kat Bkt. Jelutong) n etc......

Pastu, restoran2 francaise......hmmm x perlu kot nak disebut, mesti sume org da tau....
Huhuhu.... ala... cam KFC, McD, BurgerKing, Chicken Rice Shop, Secret Recipe, & byk lagi...(haha...sebut gak~)


Restoran Soto, Seksyen 8...
One of the longest served lauk at Shah Alam....~
Pening kepale nak wat ch0ice...nyummY~!! =p


Ok, thats all......
this is one of the "Visit Shah Alam 2009" campaign...
hahahah... takdelah, saje je men reka2...
thanks a l0ts for the listed restaurantS n sorry for not been listed~
h0pefully to get royalty fr0m dey all....eh, xdela...gurau jex~ heee....
=D

Friday, December 26, 2008

Donuts & Coffee

Whats y0ur flava??
since 2002 or something, my favourite is... 'Dunkin Donuts'~
but as the world c0mpete...done so many research and develoment,...
they had opened so many kinds of francaise that serves donuts & coffee....

now, I found that J.Co and Big Apples are more tastier... It brings up a new variety taste of donuts... The jam from dunkin donuts is not 'kick' at all... it seems that they were using a low quality of jam n0wadays~ (thats my opinion)...

but, you can find J.Co only in the area of Kuala Lumpur...If i'm not mistaken, only 3 branches in Malaysia... because J.Co is originated from Indonesia (the word 'J' is for Jakarta)...means that it will open troughout asia first~ ... Big Apples is now open widely in Malaysia...it is easy to find it~

more informations?? go to the website~

nyum2~
have a nice d0nuts today~! heee
=D