Pada setiap bulan Mei, hari ahad pertama... Setiap tahun, semua orang di seluruh dunia akan menyambut satu hari yang penuh bermakna buat semua wanita-wanita yang bergelar ibu...
Mari kita sama-sama mengenang dan menghargai jasa ibu yang tidak ternilai ini...Walau di mana anda berada, ibu akan sentiasa disamping kita...
Tak percaya?? tengok la gambar2 kat bawah ni...
Time mendaki bukit tinggi, emak pun mendaki sekali... Segala onak dan duri semasa mendaki tidak dihiraukan... Dengan harapan tinggi menggunung supaya dapat menikmati keindahan alam semulajadi bersama-sama...
Di tengah2 lautan, merentasi Lautan Cina Selatan, emak ikut sekali memberi sokongan... Segala angin ribut, ombak gelora, ditempuhi dengan hati yang kental... Dengan harapan seluas lautan untuk menikmati keindahan pulau...
Ketika membuat lawatan ke Zoo, emak menemani dan sentiasa berada di sisi... Segala haiwan yang berada di situ membuatkan kami terhibur... Dengan harapan dapat kami menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan kepelbagaian spesies haiwan di muka bumi ini...
Ketika menjelajahi air terjun dan sungai, emak turut serta dengan memberi pertolongan dari segi aspek fizikal dan mental... Segala rintangan dan selok-belok hutan diterjah... Dengan harapan dapatlah kami merasa keajaiban alam semulajadi dan kesejukan air terjun!
Haaa... Terlalu banyak pengorbanan seorang ibu kepada anak mereka...
Jadi, kita sebagai seorang anak haruslah memberi yang terbaik untuk ibu supaya dia akan berbangga kerana memiliki anak seperti anda!
Selamat Hari Ibu kepada seluruh Ibu2 di Malaysia, dan Happy Mother's Day to all Mothers in this entire World!
No comments:
Post a Comment