Monday, May 30, 2011

National Day from Google

Doodles 4 Googles telah banyak mengeluarkan idea-idea yang kreatif untuk menjadikan sesebuah peristiwa yang penting lebih ceria dan disambut dengan meriah. Ini antara contoh-contoh "Doodles4Googles" sempena Hari Kemerdekaan atau hari yang bersejarah buat sesetengah negara.


VIETNAM

GHANA

SWEDEN

SAUDI ARABIA

INDONESIA
(Bunga Raya??)

FRANCE
(Bastille Day)

MALAYSIA

LEBANON

PANAMA

TURKEY

PHILIPINES

MEXICO

UNITED STATES OF AMERICA (USA)

KUWAIT

BRAZIL

CANADA
(Canada Day)

SOUTH KOREA

SINGAPORE

ITALY
(Republic Day)

PEOPLE REPUBLIC OF CHINA

Thanks to : Google

Monday, May 23, 2011

Malaysia Book of Record : Kek Terbanyak

Pada 16hb Mei 2011 merupakan tarikh yang sangat bermakna buat seluruh warga Perlis...
Pada hari tersebut, seluruh rakyat negeri Perlis menyambut Hari Keputeraan Raja Perlis.
Satu lagi rekod telah tercatat dalam Malaysia Book of Records iaitu Persembahan Kek Terbanyak sebagai tanda menjunjug kasih sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-68 DYMM Tuanku Raja Perlis.
Sambutan ini dilakukan di Politeknik Syed Sirajuddin Arau dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia.
Pelbagai rupa bentuk, corak, warna dan gaya persembahan kek telah disumbangkan oleh pelbagai agensi2 di seluruh negeri Perlis.





Kalau tak silap, masa tu adela dalam 1000 biji kek dipersembahkan pada hari tersebut...
Dalam 500 biji kek disedekahkan kepada Jabatan Kebajikan dan anak2 yatim...
Dalam masa lebih kurang 1jam lebih, semua kek dekat atas meja tu licin.... hahahah... ganas betul diorang ni kalau bab2 benda free~



Sunday, May 8, 2011

Hari untuk Ibu

Pada setiap bulan Mei, hari ahad pertama... Setiap tahun, semua orang di seluruh dunia akan menyambut satu hari yang penuh bermakna buat semua wanita-wanita yang bergelar ibu...
Mari kita sama-sama mengenang dan menghargai jasa ibu yang tidak ternilai ini...

Walau di mana anda berada, ibu akan sentiasa disamping kita...
Tak percaya?? tengok la gambar2 kat bawah ni...

Time mendaki bukit tinggi, emak pun mendaki sekali... Segala onak dan duri semasa mendaki tidak dihiraukan... Dengan harapan tinggi menggunung supaya dapat menikmati keindahan alam semulajadi bersama-sama...


Di tengah2 lautan, merentasi Lautan Cina Selatan, emak ikut sekali memberi sokongan... Segala angin ribut, ombak gelora, ditempuhi dengan hati yang kental... Dengan harapan seluas lautan untuk menikmati keindahan pulau...


Ketika membuat lawatan ke Zoo, emak menemani dan sentiasa berada di sisi... Segala haiwan yang berada di situ membuatkan kami terhibur... Dengan harapan dapat kami menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan kepelbagaian spesies haiwan di muka bumi ini...


Ketika menjelajahi air terjun dan sungai, emak turut serta dengan memberi pertolongan dari segi aspek fizikal dan mental... Segala rintangan dan selok-belok hutan diterjah... Dengan harapan dapatlah kami merasa keajaiban alam semulajadi dan kesejukan air terjun!


Haaa... Terlalu banyak pengorbanan seorang ibu kepada anak mereka...
Jadi, kita sebagai seorang anak haruslah memberi yang terbaik untuk ibu supaya dia akan berbangga kerana memiliki anak seperti anda!
Selamat Hari Ibu kepada seluruh Ibu2 di Malaysia, dan Happy Mother's Day to all Mothers in this entire World!

Friday, May 6, 2011

Fenomena Realiti

Sejak tahun 2003...
Rakyat Malaysia mula diperkenalkan dengan satu program televisyen yang kononnye menukar fantasi menjadi realiti...
Pada waktu tu jugak, program Akademi Fantasia, sebuah rancangan realiti yang diadaptasi dari program La' Academia, (dari Mexico) merupakan sebuah program realiti pertama di Malaysia... Waktu itu, penghakiman yang dilakukan 100% undian dari para penonton...

Masa tu, ramai orang yang tak berapa faham akan konsep program tersebut...
Ade yang suka, ade juga yang tak suka... Tujuan program macam ni senang je, nak mencari bakat baru dalam bidang nyanyian dengan cara yang paling ringkas dan mudah... Di samping, ada uji bakat, setiap peserta diberi tugasan, kelas, konsert setiap minggu dan juga berlatih untuk hidup di alam artis.. biase la tu kan, kamera kat sekeliling... tipulah kalau diorang tak cover2 kan? mesti kena jage penampilan...


Ok, that is not the real issue, isu yang kita nak bincang sekarang ni, berkenaan dengan fenomena program realiti yang melanda rakyat Malaysia... Masa awal2, program realiti banyak fokus kepada menyanyi... Astro, TV3, RTM dan NTV7...sume nak start buat program realiti...Lepas tu, diorang da start buat program realiti untuk benda2 lain pulak, termasuklah :


Anak Wayang : Mencari Pelakon Drama


Raja Lawak : Mencari Pelawak
Program ini diteruskan dengan penggabungan kesemua finalis Raja Lawak musim2 terdahulu dan dikenali sebagai Maharaja Lawak.


Sehati Berdansa : Menyaksikan Selebriti2 dalam menari bersama pasangan masing2
Mari Menari : Mencari Penari (orang awam)


Imam Muda : Mencari insan yang berpengetahuan tinggi mengenai Agama Islam

Ini semua baru program realiti yang dihasilkan oleh Astro, belum lagi termasuk program yang dihasilkan oleh syarikat media prima dan RTM....
Kita dah ade Mentor (nyanyian berguru), Malaysian Idol (nyanyian), Bintang RTM (nyanyian), Idola Kecil (nyanyian), My Star LG (nyanyian), Audition (nyayian dan lakonan), Gangstar (nyanyian berkumpulan), Pilih Kasih (lakonan), Gadis Melayu (model), Malaysian Top Host (pengacara), Akademi Al-Quran (qari), Masterchef Malaysia (masakan)...

So, boleh dikatakan semua genre telah dijadikan sebuah program realiti...
Apa lagi yang belum dibuat ye? mencari bakat dalam pelakon cerita seram? pembaca berita muda? model? tukang masak? ahli stunt? pemain bola? pelakon teater?
Satu hari akan datang, pasti ada.............