Friday, May 6, 2011

Fenomena Realiti

Sejak tahun 2003...
Rakyat Malaysia mula diperkenalkan dengan satu program televisyen yang kononnye menukar fantasi menjadi realiti...
Pada waktu tu jugak, program Akademi Fantasia, sebuah rancangan realiti yang diadaptasi dari program La' Academia, (dari Mexico) merupakan sebuah program realiti pertama di Malaysia... Waktu itu, penghakiman yang dilakukan 100% undian dari para penonton...

Masa tu, ramai orang yang tak berapa faham akan konsep program tersebut...
Ade yang suka, ade juga yang tak suka... Tujuan program macam ni senang je, nak mencari bakat baru dalam bidang nyanyian dengan cara yang paling ringkas dan mudah... Di samping, ada uji bakat, setiap peserta diberi tugasan, kelas, konsert setiap minggu dan juga berlatih untuk hidup di alam artis.. biase la tu kan, kamera kat sekeliling... tipulah kalau diorang tak cover2 kan? mesti kena jage penampilan...


Ok, that is not the real issue, isu yang kita nak bincang sekarang ni, berkenaan dengan fenomena program realiti yang melanda rakyat Malaysia... Masa awal2, program realiti banyak fokus kepada menyanyi... Astro, TV3, RTM dan NTV7...sume nak start buat program realiti...Lepas tu, diorang da start buat program realiti untuk benda2 lain pulak, termasuklah :


Anak Wayang : Mencari Pelakon Drama


Raja Lawak : Mencari Pelawak
Program ini diteruskan dengan penggabungan kesemua finalis Raja Lawak musim2 terdahulu dan dikenali sebagai Maharaja Lawak.


Sehati Berdansa : Menyaksikan Selebriti2 dalam menari bersama pasangan masing2
Mari Menari : Mencari Penari (orang awam)


Imam Muda : Mencari insan yang berpengetahuan tinggi mengenai Agama Islam

Ini semua baru program realiti yang dihasilkan oleh Astro, belum lagi termasuk program yang dihasilkan oleh syarikat media prima dan RTM....
Kita dah ade Mentor (nyanyian berguru), Malaysian Idol (nyanyian), Bintang RTM (nyanyian), Idola Kecil (nyanyian), My Star LG (nyanyian), Audition (nyayian dan lakonan), Gangstar (nyanyian berkumpulan), Pilih Kasih (lakonan), Gadis Melayu (model), Malaysian Top Host (pengacara), Akademi Al-Quran (qari), Masterchef Malaysia (masakan)...

So, boleh dikatakan semua genre telah dijadikan sebuah program realiti...
Apa lagi yang belum dibuat ye? mencari bakat dalam pelakon cerita seram? pembaca berita muda? model? tukang masak? ahli stunt? pemain bola? pelakon teater?
Satu hari akan datang, pasti ada.............

1 comment:

Saidy~Go~Lucky said...

must say..industry look forward more on nyanyian kan...lagipon is a better chance to have graet income with nyanyian...sbb tuh smpai budak pon nak dikenalkan realiti menyanyi macm bintang kcil..heheh3