Thursday, October 13, 2011

Bersenam bersama SNSD

Disamping korang layan lagu2 k-pop ni, marilah kite same2 ambil benefit dari seni tarian diorang yang berunsurkan senaman ni... Mostly, diorang punye koreograf ni sangat susah utk dipraktikkan semula, lagi2 lagu dari Girl's Generation ni.. atau juga dikenali sebagai SNSD (SoNyeoSiDae / 소녀시대) ni.. Nak kuatkan otot yang belah mane? haaa.. kat sini ade rahsianya..

KAKI
Lagu : Genie

TANGAN
Lagu : Hoot

PINGGANG
Lagu : Oh!

HAMPIR KESEMUA TUBUH BADAN
(Tangan, Kaki, Pinggang, Pinggul, Perut, Peha, Dada)
Lagu : Run Devil Run & Gee



Cubalah ye... daripada duduk dekat depan laptop lame2 sambil dengar lgu korea sampai krem satu badan, kan leboh baik to have a small exercise dengan lagu2 yg memberikan ransangan yang positif ni... haaa.. ape lagi? get some move dude!

"Be physically active everyday"
-Key Message 3 (Malaysian Dietary Guideline 2010)

Friday, August 26, 2011

Double Celebrations!


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

DAN

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia
ke-54

Marilah kita menyambut kedua-dua perayaan ini dengan penuh bersemangat.
Aidilfitri lambang kemenangan umat Islam menahan nafsu di sepanjang bulan Ramadan,
Merdeka lambang kebebasan sesebuah negara dari penjajah luar..
Salam RAYA-MERDEKA buat semua!

Thursday, August 25, 2011

They Say.. Malaysia

Malaysia is celebrating its 54th of Independence Day this year (2011)..
It's been a long years ago our nation has free from the outsiders who wants to grab our richness sources. And now, Malaysia has stand up and develop to become one of the country with respect and recognizable.
And now I guess, what is the opinion of people from other countries about Malaysia? Then, I came up with the small survey which comprise two questions :

1) What's the first thing you think of when talking about Malaysia?
2) In Malaysia, which is the places you want to visit the most?

And here is their response....

from : Tya ( INDONESIA ) Photobucket

1) I think we have some complicated problem, that caused we have one culture. but I think thats okay.. We all same.
2) I just wanna go to shopping mall there. I dont know what is the name.. hahaha..

from : Inday ( PHILIPPINES ) Photobucket

1) First thing to run on my mind when talking about Malaysia is cuisine food like hainanese chicken rice, satay, sambal, kari ayam and etc. I like malay cuisine because there is no pork only fish and chicken dishes unlike here in Philippines.
2) I think Kuala Lumpur, Sarawak and Sabah (regardless of dispute between your king and our sultan about the Sabah issue) but the most interesting place I would like to visit is Kedah, I want to visit northern Malay territories bordering Thailand.

from : Beau ( THAILAND ) Photobucket

1) For first thing reminds me our southern neighbouring country. For other related things, I think of an awesome multi-cultural society nation, an elder brother of Singapore, a great Islamic state, Malaysian tea, a closest sibling of Indonesia, your homeland's Malay worlds exist in old Thai language or poetic Thai words.
2) I don't really know much about notable attractions but I do merely know hmm.. your modern capital city, beaches that I.... er.. have already forgot its name but it was once voted to be one of the best beach in Asia. For me, I would go to visit KL.

from : Huỳnh ( VIETNAM ) Photobucket

1) Of course the Petronas Twin Tower, I immediately think of it because it resembles the Wats of Cambodia, Indonesia and Thailand but a bigger ones its shape and cravings reminds me of the Mount Semeru in India which resides the Hindu gods its absolutely it is Malaysia is onced a hindu country, I watched malay film but more important aspect is when I think of Malaysia always has a twin saying "Onwards Malaysia", in malay "Majulah Malaysia".
2) Sarawak, because I hear there are so many good beaches there, Georgetown, Jalan Petanling or China Town also want to go there. And want to go Sentosa in Singapore..

from : Suji and CLS ( SOUTH KOREA ) Photobucket

1) 보루네오, 쿠알라룸프 (Borneo, Kuala Lumpur)
2) Penang and 쿠알라룸프 (Kuala Lumpur)

from : Chia ( JAPAN ) Photobucket

1) Actually I dont know anything about Malaysia, just heard its beautiful country, good food, people in multi culture. I just heard, but never been there.

from : Rosa ( PORTUGAL ) Photobucket

(translating from Portuguese)
1) I really enjoyed the wonder Twin Towers at night, but in Asia are very common. I was in Taiwan, Japan and Macau.. but, honestly I think that the country could be more open to the consumption of beer. I know it's your culture. I was staying at the Vistana Hotel and meals had no access.
2) Generally, like Kuala Lumpur and have visited Kota Kinabalu. Mallaco (Malacca), loved to visit for its history associated with the Portuguese and most like to visit Perhetian Island, so it reads, Besar Island are wonderful and although far from the Sipadan Island. I like the things in a semi wild.

from : Nicola ( ITALY ) Photobucket

1) Well, the first thing that I think when someone talks about Malaysia is ; Malaysia is FANTASTIC place! Malay people and its culture and history is very fascinating and interesting! Malaysia is a melting pot of different culture and races, and this is very fascinating for me! All my Malay friends are nice person! I Love Malaysia!
2) I'd like to visit the whole Malaysia, one day!

from : Rob ( NETHERLANDS ) Photobucket

1) The nice people I met when I was there.
2) Penang and Langkawi.

Author (MALAYSIA) Photobucket : I would like to say THANK YOU to all my respondent for helping me doing this survey.. I really appreciate it.. and hopefully all of you have a chances to explore more about Malaysia.. In Malaysia, we do love all the countries in this world especially in Asia region... that makes us Truly Asia.. =D
All of the respond above have been edited due to readers suitability and to avoid some of the offended.. =)

Thank You | Terima Kasih | Salamat | Cảm ơn | ขอขอบคุณคุณ | 감사합니다 | ありがとう | Obrigado | Grazie | Dank U

Friday, August 19, 2011

Top 5 Only in Ramadan

Among Malaysians,
Inilah perkara2 TOP5 yang hanya terdapat pada Bulan Ramadan...

( 5 )
Qiyamullail
- Kebanyakkannya melakukan Qiyamullail pada bulan puasa fasa ke-3, mase ni, meriah la surau2 dan masjid2.

( 4 )
Shopping Raya
- Confirm, semua tempat shopping ade buat diskaun besar-besaran, dan kalau nak tempah jahit baju waktu bulan puasa ni, memang 1 dalam 1000 laa.

( 3 )
Buah Kurma
- Buah ni popular masa bulan Ramadan je, bulan2 lain orang Malaysia tak makan buah kurma, diorang makan kismis.

( 2 )
Solat Terawikh
- Alhamdulillah, meriah la sikit surau2 dan masjid2 setiap malam, sebab kalau tak, so-so je jemaah (ikut kawasan jugak).

( 1 )
Bazaar Ramadan
- Tidak boleh disangkal lagi, bazaar memang layak la dpat no.1 kan? Setiap kawasan mesti ade bazaar, dan 1Malaysia banyak spend kan masa petang diorang dengan melihat juadah dan cuci mata dengan makanan yang pelbagai spesies.

Dengan ini,
Masih tidak terlambat lagi untuk mengucapkan...
Selamat Berpuasa | Selamat Berbuka | Selamat Bersahur | Selamat Beribadah | Selamat Membayar Zakat Fitrah... =)
Semoga Bulan Ramadan pada tahun ini memberi makna yang cukup mendalam dan sedikit sebanyak dapat melatih diri kita menjadi seorang yang bertaqwa dan beriman...
Terima Kasih... =D

Saturday, August 13, 2011

Kuih Awards 2011

Persaingan yang hebat!
Lebih kurang 70 peserta yang telah menyertai Anugerah Kuih 2011 yang gilang-gemilang ini... dengan ini, saya Lepat Pisang, selaku pengacara anda pada malam anugerah ini ingin mengucapkan tahniah kepada semua para pemenang...

Mari kita imbas kembali anugerah2 yang telah dimenangi oleh mereka bagi kategori "Tradisional Melayu"... berikut adalah senarai nama para pemenang..

Kuih Paling Seksi : Puteri Mandi
Kuih Bajet Cute : Cek Mek Molek
Kuih Awet Muda : Seri Muka
Kuih Paling Gangster : Lompat Tikam
Kuih Kaki Pukul : Kuih Lompang
Kuih Paling Keji : Taik Itik
Kuih Penyakit Kronik : Batu Burok
Kuih Paling Alim : Kuih Ketayap
Kuih Bangun Sendiri : Kuih Bangkit
Kuih Dalam Zoo : Badak Berendam
Kuih Paling Tenteram : Kuih Makmur
Kuih Paling Hipokrit : Kuih Talam
Kuih Paling Bercahaya : Tepung Pelita
Kuih Paling Lembap : Kuih Siput
Kuih Tak Mandi : Bahulu (bau-lu!)

Hahaha.. Ok, Sekian Terima Kasih...
Dan masih tidak lewat lagi untuk saya mengucapkan...
Selamat Menyambut Bulan Ramadan | Selamat Berpuasa | Selamat Berbuka | Selamat Bersahur | Selamat Membayar Zakat Fitrah | Selamat Beribadah... =D


Credit to :
Abdullah Harith.. =D
thanks!




Tuesday, July 19, 2011

سکوله اݢامکو


(Edisi Jawi)
.اکو مولا برسکوله اݢام سجق درجه ساتو لاݢي
.تتاڤي، سماس تاديک اکو ده ميمڠ بلاجر ڤاسل اݢام سبب تاديک اکو ايت تاديک اسلام

سکوله اݢام لاجاو، لابوان : درجه 1 هيڠݢ 3
سکوله اݢام سيکشن 3، شاه عالم : درجه 4 هيڠݢ 5

ماس ايت، اکو تيڠݢل دکت لابوان. باڽق ساڠت بندا يڠ اکو بلاجر مڠناءي اݢام سڤرتي سمبهيڠ، بهاس عرب، ادب، توليسن جاوي دان باڽق لاݢي. ڤرکارا يڠ اکو ڤاليڠ سوک سکالي ماس سکوله اݢام اياله سمڤين. ستياڤ موريد دکلسکن دڠن ورنا سمڤين. کالاو دکت لابوان، ورنا سمڤين اونتوق موريد بياسا برورنا کلابو، ميره اونتوق کتوا کلس دان هيجاو اونتوق ڤرڤوستاکوان. سماس اکو برسکوله اݢام د سمننجوڠ، ايايت د شاه عالم، اونتوق .موريد بياس، ڤاکاي سمڤين ورنا هيجاو، ورنا بيرو ݢلڤ اونتوق ڤڠاوس

باڽق کنڠن برسام کاون-کاون کتيک د سکوله. ماکنن د کنتين سماس د لابوان جوݢ ساڠت مناريق مينت اکو اونتوق برچريتا تنتڠڽ کران بوديا ماکنن د سيتو بربيذا سديکيت بربنديڠ دڠن ماکنن کنتين د سمننجوڠ ﴿ڤد وقتو ايت لا﴾. د سان، ماکنن سموا دبوڠکوس د دالم ڤلاستيق دان بودق-بودق سموا ماکن دالم ڤلاستيق ايت تنڤا ڤيڠݢن. ماکنن د کنتين جوݢ لبيه کڤد جاجن دان ماکنن ريڠن.

باڽق علمو يڠ تله اکو ڤلاجري د سکوله اݢام دان راماي جوݢ کاون يڠ اکو کنالي تتاڤي سمڤأي سکارڠ، اکو ماسيه تيدق منموءي مريک د فاچبووق تراوتماڽ يڠ دودوق د لابوان. دان ڤرکارا يڠ ڤاليڠ اکو هرݢاي سمڤأي سکارڠ اياله، اکو ماسيه لاݢي بوليه منوليس دالم توليسن جاوي اتس تونجوق اجر ݢورو-ݢورو سکوله اݢامکو.

باݢيکو، توليسن جاوي اين ڤرلو دتراڤکن کڤد سموا کانق-کانق کران اي جوݢ مروڤاکن توليسن واريثن مشارکت ملايو يڠ ڤرلو کيت جاݢ.
!ماجوله ملايو! ماجوله مليسيا
:تريما کاسيه کڤد
ejawi.net
(disebabkan sistem blog ini bukan dalam jawi, so, tanda baca seperti noktah agak berterabur sedikit. Mohon Maaf)

Monday, July 18, 2011

Adik-Beradik Buah

Ramai yang dah tahu, ramai yang tertanya-tanya dan ramai jugak yang tak perasan...
Pasal buah-buahan.. sama la mcam kita, ade adik-beradik, berlainan bangsa, dan memiliki budaya yang berbeza...
Kali ni, sajala nak bawak korang semua mendekati buah-buahan yang sama tapi tak serupa ni..
Actually, ini hanyalah pendapat semata-mata.. tak buat research ataupun amek maklumat dari mana-mana laman web pun.. so, kalau korang rasa-rasa pendapat aku ni mcam tak tepat, bagitau la ye..

LAI & PEAR
LAI : Selalunya bewarne kuning, isi die kasar sket, pastu ade rase "gritty texture" sket (ala2 batu2 kecil), kulit luar die biasenye berbintik2 dan kdang2 manis, kdang2 masam dan kdg2 tawar.
PEAR : Selalunye bewarne hijau, bentuk ala2 jambu batu, isi die lebih lembut, kulit luar berkedut2 sket, selalunya manis ikut nasib gak kalau2 dpat yg tawar.

RAMBUTAN & PULASAN
RAMBUTAN : Kulit luar lebih berbulu, isi kadang2 melekat dekat biji tapi ade jugak yang tak melekat, rase jus die manis dan masam, isi padat.
PULASAN : Kulit luar keras, berduri2 tapi tak tajam, isi kebanyakannya melekat kat biji, ade bau dan rasanya yang tersendiri, isi lebih lembut tapi melekat kat biji.

LIMAU NIPIS & LIMAU KASTURI
LIMAU NIPIS : Isi dalam warna putih, saiz kebanyakannya besar, beraroma sitrus dan masam.
LIMAU KASTURI : Isi dalam warna kuning dan oren, saiz kecil, kulit luar boleh didapati dlam warna hijau atau hijau kekuningan, rasa samada masam atau manis.

MANGGA & KUINI
MANGGA : Kulit luar boleh didapati dalam warna kuning, oren atau hijau, rasa ada yang manis, masam, mempunyai jus serta aroma, lebih lonjong dan kurang serabut(serat).
KUINI : Kulit luar warna hijau, berbentuk bulat, rasa manis dan bergas, lebih jus dan aromanya kuat lebih kurang macam buah durian, banyak serabut(serat).

CEMPEDAK & NANGKA
CEMPEDAK : Kulit luar bergetah, isi lembut, lebih basah, isi lembik dan mudah dipicit, berserat, manis seperti bergas dan wangi.
NANGKA : Kulit sama mcam cempedak, isi padat, kurang jus, tidak berserat, isi ala2 rangup, rasa manis dan beraroma.

LANGSAT & DUKU
LANGSAT : Kulit lebih nipis, isi kdang2 kelat, kdang2 manis, biji sangat pahit dan ade banyak serat di tengah.
DUKU : Kulit lebih tebal, isi kadang2 manis, kadang2 masam, isi kecil sebab mmpunyai kulit yang lebih tebal, rasanya lebih kurang sama dengan langsat.

KELAPA & KELAPA LAUT
KELAPA : Air rasa manis dan memiliki sedikit rasa umami (sejenis rase yg susah utk diterangkan), isinya juga sperti tiada rasa (senang citer, rase die, rase kelapa), kulit tebal dan serabut kulitnya sangat berguna dan dikenali sebagai sabut.
KELAPA LAUT : Rupa luaran die lebih kurang macam kelapa, cuma warne die lebih gelap dan kelihatan seperti manggis gergasi, rase buah die tak pasti (maybe same mcam kelapa kot), air die manis dan beraroma sperti buah mata kucing.

Sunday, July 10, 2011

SS1 : Bahaya dalam Sukan!

SS1 (SportSays 1)

Sukan... tujuan die? senaman, keseronokan, team-building, sosial secara aktif dan lain-lain...
Tapi ade sesetengah sukan ni yang boleh membawa kita terus ke lubang kubor..haaa!!!
sukan ni kan ade banyak jenis... ade yang biase, ade yang ekstrem.. so, masing-masing ade sukan kegemaran diorang... Utk episod "SportSays" kali ni, mari kita berkongsi sedikit mngenai fakta2 sukan yang merbahaya di dunia ni...

CAVE DIVING
Nampak cam best kan? Gua dalam laut... tapi kalau dibuatnye jadi blur kat bawah tu?? Oksigen gas lak abes?? Haaa... nak naek camne? kompem da panik kan?


CHEERLEADING
Segala gerak-geri memmang cantik dan menarik... dengan angkat sane, angkat sini, lambung sane, lambung sini.. dibuatnye time dok lambung2 tu, tak tersambut?? haaa.. kedebub jatuh! Sukan macam ni, aku penah tgok live kat Times Square.. bangge gak aku kat diorang sebab berani nk jadi anak matsalleh..


SURFING
Fuyyoo.. memang macho la kalo sape dpat lepas bnde ni... just stabilkan diri, pastu nikmati keindahan warna laut tu... tp kalau dpat kawal laa... kalau tak dpat kawal?? Splash!! masok dlam laut, berpusing2, lemas and then kne makan jerung! hahaha...


STREET LUGING
Gelongsor dengan meluncur kat jalan raya weh... best kot... tp takde kereta lalu ke time ni?? kalau ade? mmg jd mekanik la kan dok bawah kete... yang buncit tu tak tau la lepas ke tak.. sukan jenis ni, aku penah nmpak live orang maen kat bukit cerun Wang Kelian, Perlis... naseb baek diorg selamat..


BASE JUMPING
Yeehhaa!! aku nasihatkan, kalo ade gayat, tak yah la nak cube2 sukan macam ni... silap2, tak terbukak payong terjun sebab da terlalu takut and fobia... tp memang best la kan... rase cam jadik burung pon ade...


ICE SKI
Ice ski? memang tak terase la rakyat malaysia nak maen bende alah ni kat negare sendiri... tapi mmg bahaya kot.. try maen kat sunway pyramid ice dlu.. kalo lulus, baru try maen bnde alah ni... sbb yg ice skating tu mmg selemah2 iman la kan.. nk menguji cara kita stabilkan badan atas permukaan paling licin...


ROCK / MOUNTAIN CLIMBING
Dok panjat, panjat.. pastu tetibe tali tersangkut la.. tali rosak la... tak pasang safety ngan betol laa... haaa.. pastu jatuh, terhantuk kepala kat bucu batu.. terbaek laaa kan?...


BULL RIDING
Sukan jenis macam ni memang mencari nahas la... dah tau binatang tu dok mengganas and terlompat2 tak tentu arah, yang ko pegi naek tu watpe?? hahahaha... nanti karang tertusuk tanduk kat perot ko baru tau.. sakit nye!!


Ok, tu la sedikit sebanyak jenis2 sukan yang merbahaya di mana ade je segelintir manusia yang suka dan menerima cabaran itu sebagai satu sukan yang menyeronokkan... yang penting, setiap sukan mesti ade peraturan dan kemahiran... jangan nak bajet pro maen langgar je... kalo kite ikot peraturan, insyaallah kite dapat merasakan nikmat sukan2 yang bahaya dan ekstrem ni... =)

Gambar2 sume ikhsan dari
Google

Monday, June 20, 2011

Tongue Twister and Tornado!


Have you exercise today?
If not, lets exercise... no,no... no need to go to gym... not a body exercise...
all we have to do is tongue exercise! yes, a tongue!!~

People talks everyday,
People eats everyday,
by using their tongue to talk and taste...
so, why not give them a break and have a small exercise?
Now, lets try "Tongue Twister" in various version all around the world...


English :

Betty Botter bought a bit of butter.
The butter Betty Botter bought was a bit bitter
And made her batter bitter.
But a bit of better butter makes better batter.
So Betty Botter bought a bit of better butter
Making Betty Botter's bitter batter better


French :

Tata, ta tarte tatin tenta Tonton, Tonton tâta ta tarte tatin, Tata
Means : Aunty, your apple tart tempts Uncle; Uncle has touched your apple tart, Aunty

German :

Fischers Fritz fischt frische Fische. Frische Fische fischt Fischers Fritz
Means : Fisherman Fritz fishes fresh fish, fresh fish are fished by fisherman Fritz

Malay :

Kuku kaki kiriku kaku - ku kikis kuku kaki kiriku
Means : My left toenail is stiff - I scrape my left toenail


Hindi :

Chandu ke chacha ne chandu ki chachi ko Chandni Chowk mein chandni raat mein chaandi ki chammach se chatni chataee
Means : Chandu's uncle fed Chandu's aunt chutney with a silver spoon on a moonlit night in Chandni Village

Italy :

Trentatré trentini entrarono a Trento, tutti e trentatré trotterellando
Means : Thirty-three Trentine people came into Trento, all the thirty-three trotting along

Korean :

간장공장 공장장은 강 공장장이고, 된장 공장 공장장은 장 공장장이다
Phonetically : Ganjang-gongjang gongjangjang-eun Kang gongjangjang-igo doenjang-gongjang gongjangjang-eun Chang gongjangjang-ida
Means : The soy sauce plant manager is manager Kang, and soy paste plant manager is manager Chang

Thai :

ชามเขียวคว่ำเช้า ชามขาวคว่ำค่ำ
Phonetically : Chaam khiaw kwam chaaw, chaam chaaw kwam kham
Means : The green bowl is upside-down in the morning, the white bowl is upside down in the evening

Japan :

Bōzu ga byōbu ni jōzu ni bōzu no e o kaita
Means : A priest skillfully drew a picture of a priest on folding screen

Portuguese :

O Rato roeu a roupa do Rei de Roma e a Rainha, raivosa, ras
gou o resto
Means : The rat nibbled the clothes of the Roman King, and the angry Queen teared the rest

Good Luck!
~~Bluuweeekkk~~
By : Wikipedia

Tuesday, June 14, 2011

Penglihatan dari Hati

Baru2 ni, aku naik LRT dari KLCC ke Kelana Jaya...
Sampai je kat stesen Kampung Baru, pintu LRT tu pun terbukak lah kan...
Pastu ade due orang makcik masuk ikot pintu tu dengan tongkat...
Masuk2 je, terus melulu ke tempat duduk belah kiri, tanpa mengendahkan orang yang tgah duduk kat kerusi tu...

Orang2 yang kat kerusi tu terus cepat2 beralih...
Lepas tu, aku berasa sngat teruja sbb... you know, someone yg xdpat lihat, then naek LRT...
Certain2 orang mesti kate, "Alaa..biaase la tu, orang buta dah biase dah dengan keadaan persekitaran diorg"...
Isunye bukan biase ke xbiase...
Aku terfikir kejap, kalaulah diorang ni buta sejak kecil, camne la ek? muke sendiri pon x pernah tengok...

So, ape prasaan korang? Kesian memang la kan...
Cuma kita ni kenalah prihatin and amek berat sket kat diorg...
Janganlah kite nak sisihkan diorang drpada masyarakat...
They were struggelling untuk hidup seperti normal macam kite...
Sebab mase dlam LRT tu, ade la sorang mamat ni, after makcik tu duduk je kat sbelah die, terus die nak bangun and tukar tempat duduk...
mcam xperlu kan? hmm...

Ok, cube korang bayangkan, dalam dunia orang buta,
diorang dapat mengenal pasti benda2 kat skeliling diorang, tp imej nye xde...

Inilah beberape contoh pandangan mereka terhadap benda sekeliling :

Ok, ni gambar mak ayah saye...
segak dan cantik kan mereka...

Yang ni pulak rumah saye...
xdelah besar sangat kan? tp alhamdulillah ade tempat berlindung...

Hah, ni lah kucing jiran saye...
lebat kan bulu die..

Camne? Menyayat hati x??
Hidup kita dikelilingi dengan warna-warni...tp mereka?
So, kita sebagai manusia yang berakal, marilah kita menghormati golongan2 ini dan memberi bantuan sekiranya mereka sedang berjalan2, ingin melintas, mahupun sedang mencari laluan untuk ke destinasi yang ingin dituju... =D

Monday, May 30, 2011

National Day from Google

Doodles 4 Googles telah banyak mengeluarkan idea-idea yang kreatif untuk menjadikan sesebuah peristiwa yang penting lebih ceria dan disambut dengan meriah. Ini antara contoh-contoh "Doodles4Googles" sempena Hari Kemerdekaan atau hari yang bersejarah buat sesetengah negara.


VIETNAM

GHANA

SWEDEN

SAUDI ARABIA

INDONESIA
(Bunga Raya??)

FRANCE
(Bastille Day)

MALAYSIA

LEBANON

PANAMA

TURKEY

PHILIPINES

MEXICO

UNITED STATES OF AMERICA (USA)

KUWAIT

BRAZIL

CANADA
(Canada Day)

SOUTH KOREA

SINGAPORE

ITALY
(Republic Day)

PEOPLE REPUBLIC OF CHINA

Thanks to : Google