Monday, December 7, 2009

Cereka Qurban : Dari Lidah ke Lidah...

Salam.... Pembuka Cerita...~
(Cerita ini adalah rekaan semata-mata...)

Cereka Qurban...
Disebuah desa yang dikenali sebagai Kg.Bukit Payong, terdapat satu komuniti binatang ternakan yang terdiri daripada beberapa ekor lembu, ayam, kambing, itik dan juga angsa. Mereka hidup dengan aman dan dijaga baik oleh tuannya. Jaguh, seekor lembu jantan berkulit hitam gemar berkata besar dan bersikap sombong terhadap rakan-rakannya. Sikapnya itu membuatkan dia tidak disenangi oleh rakannya. Janita, seekor ayam betina serta Jangman, seekor angsa jantan sering dikutuk dan direndah-rendahkan oleh si Jaguh. Namun, mereka hanya bersabar dan tidak menghiraukan sikap negatif Jaguh itu.



Pada suatu hari, sedang enak Jaguh meragut rumput di halaman, beberapa orang pak cik datang menghampirinya dengan membawa 3 batang kayu besar yang tajam di penghujungnya. Kayu-kayu itu dipacak ke atas tanah serta diikat dengan tali. "Mooo...mooo...mo0o~ (Wah!! kandang baru untuk aku ke ni??...~), kata Jaguh sambil tersenyum bangga. Tiba-tiba, hidungnya ditarik dan kakinya diikat satu per satu. Dia mula rasa tidak sedap hati dan mula memeronta. Kakinya seperti ditarik-tarik sehingga dia tidak lagi dapat mengawal badannya lalu rebah ke bumi mendongak langit.



Suasana kampung menjadi riuh. Jaguh dapat melihat semakin bertambah manusia yang mengelilinginya. Dia mula berasa takut dan cuba untuk bangun semula dengan sekuat hati, namun usahanya itu gagal. Rakan-rakannya semua sudah tidak kelihatan dan Jaguh sudah hilang tempat untuk diberikan bantuan. Sesuatu benda yang amat menyilaukan matanya datang dari arah kepalanya, iaitu sebilah pisau yang sangat tajam! Dengan laungan "Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar!!!", si Jaguh dapat merasakan dia sudah tidak dapat bernafas lagi dan kelihatan percikan darah yang membasahi rumput serta tanah.



Raya Aidiladha telah tiba dan Si Janita, Jangman serta rakan-rakannya yang lain sudah tahu perkara ini akan berlaku kerana mereka telah mendengar perbualan dari penduduk kampung mengatakan Si Jaguh akan dijadikan korban. Disebabkan oleh sikapnya yang suka meninggi diri dan bercakap besar, rakan-rakannya merahsiakan perkara tersebut. Dari jauh, kelihatan seluruh anggota Jaguh dipotong dan dibungkus untuk diedarkan kepada fakir serta penduduk-penduduk kampung.



Lidahnya yang sering bercakap besar dan angkuh dipotong dan diberikan kepada Mak Yam. Anak saudaranya, yang bernama Ahmad sangat menggemari organ dalaman seperti paru, hati, limpa, perut dan juga lidah. Pada petang itu, Ahmad melihat Mak Yam sedang menyiang lidah itu dan memotongnya kecil-kecil.



Pada hari itu seluruh keluarga Mak Yam menjamu sup lidah yang telah dimasak pada petang itu. Dengan lidah jugalah mereka merasakan keenakan sup lidah itu. Nyuumm2~!!




...Masih belum terlewat untuk Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat menjalani ibadah Haji & ibadah Qurban....

(Kerana lidah, hubungan silaturahim musnah, kerana lidah, gaduh tak sudah-sudah...~ Oleh itu, Janganlah kita bercakap besar, sombong serta meninggi diri...sesungguhnya, segala yang berlaku telah ditentukan oleh Allah...)
...Assalamualaikum...

3 comments:

k said...

alamak...sgt geli ouh tgk lembu tue...

Eyezart said...

geli?
lorh... aku lagi sggup tg0k perot lembu dari tg0k katak...
yewks~

k said...

iye ke???
sgt beda kite ni ye...
aku lg sanggup tgk katak dr lembu 2...besau!