Thursday, December 30, 2010

Tahniah buat Negaraku!

YeeaaHhhh!! Memang aku da jangke da bnde ni!! Malaysia memang akan menang for this cup!~
Semangat yang diorang serlahkan time bermain kat Stadium Bukit Jalil aritu memang memberikan seluruh rakyat Malaysia satu harapan yang sgt besar! Walaupun kalah di tanah Indonesia, markah agregat telah menabalkan Malaysia sebagai Juara utk Piala AFF Suzuki 2010 ni..

Terima Kasih gak buat semua penyokong2 Malaysia yang mmberikan semangat yang berapi2 kepada skuad kebangsaan kite..!! Semoga pasukan sekarang ni dapat bangkit semula dan mencipta lagenda baru kepada industri sukan negara kita~
Tengoklah sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia... mmg mantap!!

Ini pula penyokong2 dr Indonesia... Haish, tak habis2 dengan "maling" nye.. Biarlah, aku da malas nak layan dengan kutukan dan penghinaan atas dasar bende yg tak berasas... Let it be~

Yang penting, MALAYSIA Boleh!!!
dan kepada rakyat Malaysia, teruskanlah menyokong Skuad Kebangsaan kite...~

Friday, December 10, 2010

Messages from the Nature

This messages was taken from the toilet at Dataran Pahlawan, Melaka...
Hopefully these messages will make people realize the importance of taking care the nature...~




(ade byak sbnarnye trivia kat dlam tandas ni... tp, xkan la nk tgkap sume... malu laa~!! heheh)

There are many things that nature has give to you...
The air, water, shelter, the breeze, and also foods...
To show that how much nature loves you...
Nature Loves You, How About You??

Tuesday, December 7, 2010

Cerita tentang Roti

Roti...
makanan paling simple, berkhasiat dan bertenaga...
asas kepada tepung gandum, yis dan juga diperhebatkan dengan bijirin dan perisa2 yang menyelerakan...
pelbagai cara utk dihidangkan iaitu; secara sapuan marjerin, dibakar, digoreng bersame telur, dipersandwichkan, dikukus dan juga boleh dimakan begitu sahaje...
roti merupakan makanan yang agak penting, sebab itulah die berada di carta yang paling bawah pada carta piramid makanan...

Roti dan manusia, xboleh dipisahkan....
seluruh bangsa kat dunia ni makan roti... xpercaye? mari kite tgok gelagat2 roti yg telah diubahsuai mengikut kesesuaian budaya...

Name roti ni, Roti Paung... atau lebih dikenali sebagai roti naik..
roti ni popular dlm kalangan masyarakat melayu dan boleh didapati dalam perisa butter, kacang, kaya dan kelape...
Roti paung ni boleh didapati di kwasan Marang dan Dungun, Terengganu


Roti, bersame telur dan baked beans...
Roti seperti ini, lazim buat masyarakat cina, jepun dan korea...
hidangan roti seperti ini boleh didapati di kedai2 kopitiam...


Roti canai, roti yg tidak asing bg rakyat Malaysia...
juga dikenali sebagai roti paratha dan merupakan makanan asli masyarakat india...
adek beradek kpade roti canai ini, seperti capati, tosai dan roti naan...


Roti sandwich, sjenis mkanan yg berasaskan roti...
sandwich ni universal sket sebab die berade di seluruh pelusuk dunia..
cuma yg membezakannya ialah inti...ade org suke sardin, bacon, keju, telur dll...


Ini pula burger, makanan ruji bg orang amerika mahupun di eropah...
roti pada burger menjadi pelengkap khasiat dlam mkanan tersebut...


Pizza juga merupakan makanan yang asas drpd roti...
cume toppingnye yg mnjadikan pizza2 berlainan...
makanan seperti ini sangat popular bg orang itali dan juga amerika latin...


Dan roti juga telah dikomersilkan oleh byak syarikat...
antarenye, Rotiboy...smpai beranak2 syarikat ni sehingga lahirnye MamaRoti, PapaRoti, AuntyRoti dn byak lg...
Byak syarikat roti sperti Baker's Cottage, King Confectionary, Bread Story, Bread Talk, Gardenia dll telah membawa revolusi roti ke seluruh dunia....

Sekarang anda tahu...
roti dan manusia mmg x boleh dipisahkan...
dan sekarang juga anda akan tahu, ape impaknye bile harga tepung melonjak naik...

Monday, December 6, 2010

TV Alhijrah : Saluran baru

Sebuah syarikat dari Al Hijrah Media Corporation telah mengendalikan sebuah saluran berunsur keislaman iaitu TV Alhijrah...
Saluran ini diramikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' seri Mohd Najib Tun Razak pada 1 Muharram 1432 bersamaan dengan 7hb Diember 2010... Pelancaran ni disiarkan secara rasmi bermula pada pukul 8.15mlm pada tarikh dirasmikan...
Saluran ini ditubuhkan bagi merapatkan ummah dan juga utk menyebar kandungan2 Islam kepada seluruh masyarakat, serantau mahupun antarabangsa...


Kat bawah ni ade frekuensi utk mendapatkan saluran TV Alhijrah... Hopefully, dalam mase yg terdekat, saluran ni dapat masuk kat astro...

Akhir kata, Semoga saluran ini berjaya memikat hati penonton dan semoga dengan elemen2 keislaman yang ditayangkan ini dapat menangkis propaganda buruk berkenaan dengan Islam...
Selamat Menonton!
Sumber dari :
tvalhijrah.com

Peristiwa Penting Awal Muharram

Selamat Menyambut Awal Muharram (1432H) kepada semua umat Islam di seluruh dunia... semoga pada tahun baru ni dapat memberikan satu platform untuk kite ame2 berusaha dalam mencapai kehidupan yang lebih baik dan meningkatkan keimanan dalam diri...


Peristiwa2 penting semasa Awal Muharram...

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharram
  • Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
Sumber dari :
JomLayan.com
(author : tempe)

Friday, December 3, 2010

Proton Pahlawan

Kereta konsep yang telah direka khas oleh Proton yang bercirikan nama2 pahlawan melayu melaka kini telah dipersembahkan di Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS'10) yg berlangsung di Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur (PWTC)...

Design2 kereta konsep ni not bad la jugak... diorg ubahsuai sket model2 Proton yg dah sedia ade...

Proton Tuah (from Proton Persona)


Proton Jebat (from Proton Inspira / Mitsubishi Lancer)


Proton Lekir (from Lotus Europa S)


Proton Lekiu (from Proton Exora)


Proton Kasturi (from Proton Saga)

hah, amacam? ok la jugak kan... even this is only a concept car, tp kalo da dijual kat pasaran, rase2nye dpat sambutan gak...

Ade banyak lg kereta2 hibrid dipamerkan dekat pameran motor tu... kalo ade mase, korang pegi la PWTC tu.. byaran yg dikenakan :

Adult : RM18(weekday), RM23(weekend)
Child : RM8 (weekday & weekend)
Family Package (2 adult + max 5 child) : RM33(weekday), RM43(weekend)

Sumber dr : NotaKosong
KLIMS'10