Tuesday, August 24, 2010

Selatan

Johor Photobucket

  • 1990 - Lahir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
  • Kampung halaman (belah emak), kat Bandar Baru Uda
  • 1997 - Sekolah kat SK Kompleks Uda 1, JB selama setahun
  • 2006-2007 - Sekolah kat MRSM Muar
  • Saudara mara tinggal kat Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Pasir Gudang, Gelang Patah, Muar, Ulu Tiram, Kempas, Skudai, Pulai jaya.
  • Telah menjejakkan kaki ke seluruh daerah seperti Johor Bharu, Batu Pahat, Muar, Segamat, Kluang, Kota Tinggi, Mersing dan Pontian
  • 2009 - BioTrip pelajar DIS part 4 UiTM ke Tanjung Piai dan Pulau Kukup
  • Melawat saudara mara yg sakit kat Hospital sultanah Aminah, Johor Bahru
  • Kenduri kendara antara saudara mara kat JB, Segamat, Kluang, Batu Pahat dgn Muar.
  • 2006 - Menyambut Kembara Mahkota Johor kat sekolah
  • Menghantar arwah atok pergi Haji kat Lapangan Terbang Senai
  • Berjalan2 dan membeli-belah kat City Square, Danga Bay, Plaza Angsana, Jusco Tebrau, Sutera Mall, Pacific Mall, Danga City World, The Zon, Daiman Bowling, Kotaraya, Wetex Muar, Astaka Muar, Jusco Bukit Indah, Pandan City dll.
  • Beraktiviti malam bersama sepupu kat Danga Bay
  • Bermandi manda kat air terjun kat Ledang, Tangkak
  • Membeli kain dan langsir kat Tangkak
  • Melawat UTM Skudai bersama rakan
  • Melawat Taman Merdeka kat Johor Bahru
  • Menolong mak saudara menjual Nasi Amb'ng kat dataran JB
  • GerakGeri - ke rumah Akmal kat Bandar Baru Uda
  • Pergi bermandi manda kat Hutan Bandar time kecik
  • Melawat Zoo Johor sebanyak 2 kali
  • Menikmati suasana kampung kat Semerah, Batu Pahat dengan kat Gelang Patah
  • Famous Restoran & Makanan - Malay Village, Singgah Selalu, Bubur Sentosa, Laksa Johor, Mee Bandung Muar, Nasi Beriyani Gam Batu Pahat, Nasi Ayam Penyet, Otak2 Kempas dll

Melaka Photobucket

  • Saudara tinggal kat Bachang dengan Ayer Keroh
  • Melawat Zoo Melaka dengan Taman rama-rama mase kecik
  • 2006 - Menghadiri kem sahsiah kat Lanchang, Merlimau
  • Menjejakkan kaki ke seluruh daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin
  • Jalan2 kat Bandar Melaka dan membeli belah kat Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Melaka Mall, Jusco Ayer Keroh, Melaka Sentral dll.
  • Melawat dan pergi kenduri kahwin kat Melaka International Trade Centre (MiTC) dan bermain boling kat Melaka International Bowling Centre (MiBC)
  • Menghantar sepupu ke Kolej Matrikulasi Melaka, Londang, Masjid Tanah, ALor Gajah
  • Naik Eye On Malaysia dengan Menara Taming Sari kat bandar Melaka
  • Pergi ke tempat2 bersejarah seperti Kota A'Famosa, Muzium Kapal, Bangunan Stadhuys dengan perigi Hang Tuah.
  • Membeli ikan2 segar, inang-inang, belacan dll kat Pantai Klebang
  • Makan besar bersama ahli keluarga dekat Umbai
  • Famous restoran - Mona Asam Pedas, Crystal Bay, Medan Ikan Bakar Umbai, Cucur Udang Alor Gajah

Negeri Sembilan Photobucket

  • Melawat bandar Seremban, Kuala Pilah, Kuala Klawang, Gemas, Tampin, Rembau dll.
  • Melawat rumah kawan emak dekat Seremban
  • Berjalan2 dengan keluarga ke Port Dickson
  • Membeli belah dekat Nilai 3
  • Pergi ke arah selatan melalui seluruh daerah di N.Sembilan
  • Famous restoran/warung dan makanan - Cendol Leman Dawi, Kuah Lemak cili api, Lemang dll

1 comment:

Anonymous said...

tanjung piai!!!
hahahahahaahhahahaahhaahaha